Friday 18 March 2011

~Lepas Keinginanku~


          17 Mac 2011 aku kerja macam biasa, masuk pejabat pukul 9.00am, aku sambung buat taking off yang tak siap lagi & mencari detail drawing water supply, lepas je siap aku ada masa sikit untuk update blog aku, aku ceritakan tentang hari kelahiran aku pada malam tue, aku mintak kebenaran untuk balik kerja awal sebab aku nak ke kolej untuk ambik sijil & pergi derma darah, memang dah hampir setahun aku tak derma darah, kebetulan pulak kat kolej ade kempen derma darah, dalam perjalanan pulang dari pejabat, tiba-tiba aku terasa sayu sangat, tak tahulah kenapa, tapi jujur aku cakap aku memang teringin sangat nak makan kek, nak harapkan pemberian sesiapa memang tak de, dah la berjauhan dengan family, kalau kat kampung tentu aku dapat makan kek, tetiba je air mata jatuh bila bawak motor, dengan hari hujannye, aku terus redah je...
          Sampai je kat kepong dalam keadaan aku basah lenjun aku singgah kat kedai kek, masuk je dalam kedai tue aku tengok kek semua mahal-mahal, rasa aku memang tak mampu nak beli sebab aku kena berjimat sekarang, tergerak hati nak beli kek potong, aku pun beli dengan harga RM 5.90 sepotong, perisa coklat sebab aku teringin sangat kek coklat, lepas tue aku singgah kat 7e untuk beli air, aku terpikir kat mana aku nak makan kek nie, nak balik rumah malu, lagi pun keknye sikit je, aku pun bawak motor terus menuju ke sri damansara, tapi secara tak sedar aku dihimpit sebuah kereta  dan terus terlajak melepasi traffic light kepong dan terus ke laluan taman layang-layang, apa kata aku singgah je taman layang-layang makan kek nie...


          Aku pusing 1 round kt taman layang-layang tue, tapi sesiapa pun tak de, hanya 2@3 orang je yang ada, aku tak tahu nak singgah kat mana nak makan kek nie, lagi pun aku nak cepat, hujan makin lebat, dalam keadaan aku nak cepat aku tak sempat pun nak singgah mana-mana nak makan kek nie, dalam hati rasa nak buang je kek nie sebab nak cepat, aku pun berhenti kat 1 tempat nie, aku teringat balik tempat tue, sebab aku pernah duduk kat situ dulu, masa tue aku makan satay dengan dia, aku tak sempat nak turun dari motor sebab hujan makin lebat, aku pun buka bungkusan kek tue dan aku jamah di atas motor je dengan memandang ke arah batu yang penah aku duduk dulu, aku makan cepat-cepat sampaikan baju yang aku pakai pemberian dia kotor, aku pun minum seteguk air dan terus menuju jalan pulang dengan keadaan basah.....
          Sampai je rumah aku tengok zilie ada kat rumah,katanya sudah berhenti kerja, apalah lah nasib kita nie zilie, engkau dengan masalah kerja aku dengan masalah peribadi, aku pun segera tukar baju dan terus pergi kolej untuk ambik sijil dan terus menderma darah, dalam saat aku kesedihan aku bersyukur kerana aku masih lagi boleh membantu orang-orang kat luar sana yang memerlukan darah aku, aku gembira sangat sebab dapat berkorban untuk semua orang mahu pun untuk orang yang aku sayang....sekian.

No comments:

Post a Comment