Wednesday 16 March 2011

~Bingkisan 17 March 2011~


          Alhamdulillah....mata aku masih lagi terbuka untuk melihat dunia Allah s.w.t yang indah pada pagi ini, selepas tidur aku semalam digangu oleh mata yang dituruni hujan dengan satu penyiksaan untuk aku lelapkan mata, bak tersedar kemanakan hala tuju aku sempena umur aku yang genap 24 tahun ini, malam itu aku seperti lemah memikirkan semua ini, siapakah aku yang sebenarnya ya'Allah....
          Aku tetep bersyukur pada mu ya'Allah kerana Engkau masih memberi aku kekuatan untuk aku tempuhi liku-liku hidup ini, aku sedar akan datangnya ujian Mu pada aku, aku sebagai umat Mu redha dengan semua ujian yang telah Engkau berikan, aku memohon kepada Mu ya'Allah agar Engkau berikanlah hidayah ke atas aku demi cita-cita aku yang belum kesampaian ini...Amin.....
          Malam tadi aku berasa tidak bermaya selepas aku dikejutkan dari tidur oleh seseorang pada pukul 11.00pm, yang berkata pada aku "Bagun..!!bagun!!!....kenapa nak tidur,kan kejap lagi hari jadi awak" aku pun terus bagun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi, selepas mandi badan aku menjadi semakin lemah untuk bergerak dan bercakap malah ditegur oleh seorang hamba Allah "beb nape aku tengok ko macam tak sihat je" entah la, aku pun tak tahu kenapa dengan diri aku pada malam itu, aku bagai hilang arah, hilang sesuatu dalam hidup aku, aku berkata "kemanakah kegembiraan aku yang dulu" tolonglah....

         
          Dalam keadaan tidak sedar jam menunjukkan tepat pukul 12.00am, aku terus lemah di atas tilam aku, aku terkejut seketika apabila telefon aku berbunyi, nama yang tertera adalah ??? aku tahu dia akan kol aku disaat hari jadi aku tiba, tetapi apakan daya aku untuk menjawab kerana keputusan aku adalah untuk tidak berkata-kata padanya mahupun membalas massageya, aku bertahan sampai berkali-kali dia menelefon aku, aku terasa tidak sampai hati untuk buat ini semua pada dia, tapi aku telah berjanji degan semua ini, dan aku pasti panggilan itu hanya untuk menambahkan kepiluan ini, aku rasa cukullah selama ini dia telah mengecewakakan aku, aku lebih terasa bila orang yang aku sayang dan aku sanjung selama ini telah jauh dari aku dan bukan lagi bersama aku untuk selamanya, berat sangat hati ini untuk aku terima, tetapi aku kena bersabar atas semua ini...


          Panggilan kedua dari seorang hamba Allah ??? dengan selepas menjawab salam aku terdengar nyanyian lagu "Happy Birthday" kira-kira dalam 5 orang yang menyanyikan, aku terkejut dan bertanya siapa? sedihnya waktu itu hanya tuhan saja yang tahu, dalam keadaan tidak bermaya aku dihargai jugak oleh seseorang, dengan ucapan "selamat hari lahir semoga panjang umur & murah rezeki ,semoga apa yang diinginkan & dihajati makbul" terima kasih atas semuanya....
          Selepas panggilan itu aku menerima 1 massage dari ??? yang berkata "Selamat Hari Lahir...24th...ku berdoa moga tuhan memakbulkan segala doa, keinginan & kehendamu...semoga berbahagi, berjaya dan gembira di dunia dan akhirat 'Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan Ahmad Syazreen Ku...Allah selamatkan kamu...'insyaallah' insan yang merinduimu ??? 1437" lepas je aku baca massage itu hujan dimata aku semakin lebat, didalam hati aku berbisik ya'Allah, Engkau sampaikan rindu aku  aku juga padanya kerana aku tidak kuat untuk mendengar suaranya, aku lemah mendengar suaranya....


          Pada itu bertalu-talu message memasuki telefon aku, semuanya dari kawan-kawan dan keluarga aku, aku rasa sedih sangat malam itu, walaupun aku tidak disambut tetapi masih ada insan yang mengingati hari lari aku, terima kasih pada semua yang membuat ucapan terutama adik aku own "HAPPY BIRTHDAY 24...abg ku Ahmad Syazreen, Semoga panjang umur dan murah rezeki, Hope u happy always & get what u want & find what u search for, May Allah s.w.t Bless u, Take care n gud nite, Love u so much" masa ini lagi teruk hujan turun, ya'Allah aku lemah dengan semua ini....
          Pagi ini aku kembali berkerja seperti biasa, dan tidak puas lagi hujan turun malam tadi kini pagi-pagi lagi hujan turun di tempat kerja disebabkan adik kesayangan aku amy berkata "HAPPY BURFDAY MY LITTLE BIG BROTHER!!! Wahh, da makin tua la, Hehe, May Allah Bless You, May all your wish comes true! Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, Amin..amin..Semoga tahun 2011 lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya, Love you more that ever!!!" terima kasih amy....love u too so much, sebenarnya aku lebih pilu disebabkan baju yang aku pakai hari ini, sudah lama aku tak memakai pakaian pemberian dia, terima kasih atas ingatan mu...


          Dikesempatan ini juga aku mengucapakan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang telah mengingati hari lahir aku, tidak kira ucapan kalian di telefon mahupun di facebook dan blog ini, Insya'allah kalian juga aku doakan semoga panjang umur dan murah rezeki, kepada seseorang aku ucapkan terima kasih tidak terhingga kerana telah banyak membahagiakan aku dulu, apa-apa pun aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dia bersama pasangannya, moga-moga benih-benih cinta dia pada aku akan terus tumbuh dihati pasangannya, aku sentisa mendoakan kamu berdua semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, semoga berbahagia disamping keluarga tercinta, aku juga berdoa supaya 1 hari nanti kalian akan disatukan demi cinta dan kasih sayang, janganlah kaliaan bermasam muka dan tidak bertegur sapa sesama kalian kerana Allah membenci umatnya yang tidak ada bertolak ansur dalam membincangkan sesuatu perkara dan janganlah berkasar dengan pasangan sesunguhnya itulah jodoh kaliaan yang Allah tentukan sejak azali lagi....
          Biarlah aku paksa diri ini untuk melupakan kisah-kisah lalu,biarlah aku paksa diri ini untuk terus mengalah dalam hubungan ini, biarlah aku terasa terseksa kerana Allah masih bersama aku, Akhir kata dari aku untuk semua "jaga diri kalian ibarat menjaga air yang tidak terlepas dari empangan" sekian sahaja dari aku Ahmad Syazreen Bin Ahmad Ruslan...

~Semoga Hari Ini Lebih Baik Dari Hari Semalam~
ASAR ILHAM

No comments:

Post a Comment