Monday 14 March 2011

~ Hati Merah Aku~


Buat aku untuk selamanya...
Cerita tentang hati yang dulu mengalir darah merah...
Kini...?
Hancur berkecai...

Aku nak coretkan azam-azam aku sempena umur aku yg ke 24 tahun (muda lagi, bukan 30 tahun ye) pada hari Khamis 17 Mac 2011 nie...
  1. Semoga panjang umur...
  2. Semoga murah rezeki hendak-Nya...
  3. Semoga diterima amalan kebaikan & jauhi kemungkaran...
  4. Semoga sihat tubuh badan & kesihatan...
  5. Semoga bahagia bersama keluarga tercinta...
  6. Semoga kewangan lebih stabil pada masa akan datang...
  7. Semoga cita-cita memiliki kereta tercapai...
  8. Semoga badan idaman menjadi kenyataan...
  9. Semoga kerja lebih aman & tenang...
  10. Semoga berjaya memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda Quantity Surveying di UTM...
  11. Semoga diabadikan dengan kenangan-kenangan yang lalu...
  12. Semoga pelan rumah ASAR yang direka siap dengan terampilnya...
  13. Semoga dapat memiliki aset-aset & harta persendirian...
  14. Semoga dijodohkan dengan seseorang insan yang lebih memahami...
  15. Semoga diiktiraf sebagai Quantity Surveying yang profesional...
  16. Semoga dapat memiliki laptop baru...
  17. Semoga dapat memiliki DSLR yang lebih canggih...
  18. Semoga tidak lagi berharap pada orang lain & menagih simpati orang lain...
  19. Semoga masalah percintaan tidak lagi menjadi titik hitam...
  20. Semoga dijauhi dari perkara-perkara yang tidak diingini...
  21. Semoga pasangan menerima ASAR seadanya & tidak berlaku perselisihan...
  22. Semoga hari-hari mendatang lebih baik dari hari-hari yang berlalu...
  23. Semoga sentiasa dalam keadaan kemas dan bergaya...
  24. Semoga...semoga-semoga di atas menjadi kenyataan, Amin...
Alhamdulillah...dapat jugak aku menglistkan azam-azam aku nie, kesemuanya adalah 24 sempena umur aku yang ke 24 tahun...

          Berbalik pada cerita hati tadi, aku tuju pada seseorang yang hampir 4 tahun bersama aku, renung-renungkanlah umpama hati yang ditikam-tikam hampir hancur kini nekad mencapai iktizam baru dalam hidup aku, aku tidak lagi menunggu jawapan dari kamu bahkan aku terima jawapan itu sesungguhnya aku bukan lagi milik kamu yang hendak kamu permain-mainkan dahulu, biarlah berputih tulang dari berputih mata, aku disini sentiasa mendoakan kamu dalam keadaan baik seperti mana aku disisi kamu dahulu, aku ingin katakan yang kamu hanya milik dia walaupun jawapan kamu adalah aku, aku tidak akan bertahan lagi dari menunggu jawapan kamu yang hanya menyiksa jiwa aku...tersiksa yang teramat sangat, aku minta maaf jikalau kata-kata aku menyinggung perasaan kamu, tetapi percayalah aku dilahirkan bukan untuk kamu walaupun kita sering merangcang sesuatu untuk masa depan kita, jikalau aku menjadi salji di syurga aku ingin bertemu dengan kamu kerana aku sangat sayang dan mencintai kamu & jikalau aku menjadi kayu api di neraka aku ingin kamu redha kerana aku bukan yang terbaik buat kamu...

"Selamat Hari Lahir Ahmad Syazreen Bin Ahmad Ruslan"

No comments:

Post a Comment