Friday 18 March 2011

~Happy Birthday Ahmad Syazreen~


"Sebuah Kehidupan Selautan Jalinan Kasih & Semarak Ikatan Cinta"

~Lepas Keinginanku~


          17 Mac 2011 aku kerja macam biasa, masuk pejabat pukul 9.00am, aku sambung buat taking off yang tak siap lagi & mencari detail drawing water supply, lepas je siap aku ada masa sikit untuk update blog aku, aku ceritakan tentang hari kelahiran aku pada malam tue, aku mintak kebenaran untuk balik kerja awal sebab aku nak ke kolej untuk ambik sijil & pergi derma darah, memang dah hampir setahun aku tak derma darah, kebetulan pulak kat kolej ade kempen derma darah, dalam perjalanan pulang dari pejabat, tiba-tiba aku terasa sayu sangat, tak tahulah kenapa, tapi jujur aku cakap aku memang teringin sangat nak makan kek, nak harapkan pemberian sesiapa memang tak de, dah la berjauhan dengan family, kalau kat kampung tentu aku dapat makan kek, tetiba je air mata jatuh bila bawak motor, dengan hari hujannye, aku terus redah je...
          Sampai je kat kepong dalam keadaan aku basah lenjun aku singgah kat kedai kek, masuk je dalam kedai tue aku tengok kek semua mahal-mahal, rasa aku memang tak mampu nak beli sebab aku kena berjimat sekarang, tergerak hati nak beli kek potong, aku pun beli dengan harga RM 5.90 sepotong, perisa coklat sebab aku teringin sangat kek coklat, lepas tue aku singgah kat 7e untuk beli air, aku terpikir kat mana aku nak makan kek nie, nak balik rumah malu, lagi pun keknye sikit je, aku pun bawak motor terus menuju ke sri damansara, tapi secara tak sedar aku dihimpit sebuah kereta  dan terus terlajak melepasi traffic light kepong dan terus ke laluan taman layang-layang, apa kata aku singgah je taman layang-layang makan kek nie...


          Aku pusing 1 round kt taman layang-layang tue, tapi sesiapa pun tak de, hanya 2@3 orang je yang ada, aku tak tahu nak singgah kat mana nak makan kek nie, lagi pun aku nak cepat, hujan makin lebat, dalam keadaan aku nak cepat aku tak sempat pun nak singgah mana-mana nak makan kek nie, dalam hati rasa nak buang je kek nie sebab nak cepat, aku pun berhenti kat 1 tempat nie, aku teringat balik tempat tue, sebab aku pernah duduk kat situ dulu, masa tue aku makan satay dengan dia, aku tak sempat nak turun dari motor sebab hujan makin lebat, aku pun buka bungkusan kek tue dan aku jamah di atas motor je dengan memandang ke arah batu yang penah aku duduk dulu, aku makan cepat-cepat sampaikan baju yang aku pakai pemberian dia kotor, aku pun minum seteguk air dan terus menuju jalan pulang dengan keadaan basah.....
          Sampai je rumah aku tengok zilie ada kat rumah,katanya sudah berhenti kerja, apalah lah nasib kita nie zilie, engkau dengan masalah kerja aku dengan masalah peribadi, aku pun segera tukar baju dan terus pergi kolej untuk ambik sijil dan terus menderma darah, dalam saat aku kesedihan aku bersyukur kerana aku masih lagi boleh membantu orang-orang kat luar sana yang memerlukan darah aku, aku gembira sangat sebab dapat berkorban untuk semua orang mahu pun untuk orang yang aku sayang....sekian.

Wednesday 16 March 2011

~Bingkisan 17 March 2011~


          Alhamdulillah....mata aku masih lagi terbuka untuk melihat dunia Allah s.w.t yang indah pada pagi ini, selepas tidur aku semalam digangu oleh mata yang dituruni hujan dengan satu penyiksaan untuk aku lelapkan mata, bak tersedar kemanakan hala tuju aku sempena umur aku yang genap 24 tahun ini, malam itu aku seperti lemah memikirkan semua ini, siapakah aku yang sebenarnya ya'Allah....
          Aku tetep bersyukur pada mu ya'Allah kerana Engkau masih memberi aku kekuatan untuk aku tempuhi liku-liku hidup ini, aku sedar akan datangnya ujian Mu pada aku, aku sebagai umat Mu redha dengan semua ujian yang telah Engkau berikan, aku memohon kepada Mu ya'Allah agar Engkau berikanlah hidayah ke atas aku demi cita-cita aku yang belum kesampaian ini...Amin.....
          Malam tadi aku berasa tidak bermaya selepas aku dikejutkan dari tidur oleh seseorang pada pukul 11.00pm, yang berkata pada aku "Bagun..!!bagun!!!....kenapa nak tidur,kan kejap lagi hari jadi awak" aku pun terus bagun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi, selepas mandi badan aku menjadi semakin lemah untuk bergerak dan bercakap malah ditegur oleh seorang hamba Allah "beb nape aku tengok ko macam tak sihat je" entah la, aku pun tak tahu kenapa dengan diri aku pada malam itu, aku bagai hilang arah, hilang sesuatu dalam hidup aku, aku berkata "kemanakah kegembiraan aku yang dulu" tolonglah....

         
          Dalam keadaan tidak sedar jam menunjukkan tepat pukul 12.00am, aku terus lemah di atas tilam aku, aku terkejut seketika apabila telefon aku berbunyi, nama yang tertera adalah ??? aku tahu dia akan kol aku disaat hari jadi aku tiba, tetapi apakan daya aku untuk menjawab kerana keputusan aku adalah untuk tidak berkata-kata padanya mahupun membalas massageya, aku bertahan sampai berkali-kali dia menelefon aku, aku terasa tidak sampai hati untuk buat ini semua pada dia, tapi aku telah berjanji degan semua ini, dan aku pasti panggilan itu hanya untuk menambahkan kepiluan ini, aku rasa cukullah selama ini dia telah mengecewakakan aku, aku lebih terasa bila orang yang aku sayang dan aku sanjung selama ini telah jauh dari aku dan bukan lagi bersama aku untuk selamanya, berat sangat hati ini untuk aku terima, tetapi aku kena bersabar atas semua ini...


          Panggilan kedua dari seorang hamba Allah ??? dengan selepas menjawab salam aku terdengar nyanyian lagu "Happy Birthday" kira-kira dalam 5 orang yang menyanyikan, aku terkejut dan bertanya siapa? sedihnya waktu itu hanya tuhan saja yang tahu, dalam keadaan tidak bermaya aku dihargai jugak oleh seseorang, dengan ucapan "selamat hari lahir semoga panjang umur & murah rezeki ,semoga apa yang diinginkan & dihajati makbul" terima kasih atas semuanya....
          Selepas panggilan itu aku menerima 1 massage dari ??? yang berkata "Selamat Hari Lahir...24th...ku berdoa moga tuhan memakbulkan segala doa, keinginan & kehendamu...semoga berbahagi, berjaya dan gembira di dunia dan akhirat 'Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan Ahmad Syazreen Ku...Allah selamatkan kamu...'insyaallah' insan yang merinduimu ??? 1437" lepas je aku baca massage itu hujan dimata aku semakin lebat, didalam hati aku berbisik ya'Allah, Engkau sampaikan rindu aku  aku juga padanya kerana aku tidak kuat untuk mendengar suaranya, aku lemah mendengar suaranya....


          Pada itu bertalu-talu message memasuki telefon aku, semuanya dari kawan-kawan dan keluarga aku, aku rasa sedih sangat malam itu, walaupun aku tidak disambut tetapi masih ada insan yang mengingati hari lari aku, terima kasih pada semua yang membuat ucapan terutama adik aku own "HAPPY BIRTHDAY 24...abg ku Ahmad Syazreen, Semoga panjang umur dan murah rezeki, Hope u happy always & get what u want & find what u search for, May Allah s.w.t Bless u, Take care n gud nite, Love u so much" masa ini lagi teruk hujan turun, ya'Allah aku lemah dengan semua ini....
          Pagi ini aku kembali berkerja seperti biasa, dan tidak puas lagi hujan turun malam tadi kini pagi-pagi lagi hujan turun di tempat kerja disebabkan adik kesayangan aku amy berkata "HAPPY BURFDAY MY LITTLE BIG BROTHER!!! Wahh, da makin tua la, Hehe, May Allah Bless You, May all your wish comes true! Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, Amin..amin..Semoga tahun 2011 lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya, Love you more that ever!!!" terima kasih amy....love u too so much, sebenarnya aku lebih pilu disebabkan baju yang aku pakai hari ini, sudah lama aku tak memakai pakaian pemberian dia, terima kasih atas ingatan mu...


          Dikesempatan ini juga aku mengucapakan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang telah mengingati hari lahir aku, tidak kira ucapan kalian di telefon mahupun di facebook dan blog ini, Insya'allah kalian juga aku doakan semoga panjang umur dan murah rezeki, kepada seseorang aku ucapkan terima kasih tidak terhingga kerana telah banyak membahagiakan aku dulu, apa-apa pun aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dia bersama pasangannya, moga-moga benih-benih cinta dia pada aku akan terus tumbuh dihati pasangannya, aku sentisa mendoakan kamu berdua semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, semoga berbahagia disamping keluarga tercinta, aku juga berdoa supaya 1 hari nanti kalian akan disatukan demi cinta dan kasih sayang, janganlah kaliaan bermasam muka dan tidak bertegur sapa sesama kalian kerana Allah membenci umatnya yang tidak ada bertolak ansur dalam membincangkan sesuatu perkara dan janganlah berkasar dengan pasangan sesunguhnya itulah jodoh kaliaan yang Allah tentukan sejak azali lagi....
          Biarlah aku paksa diri ini untuk melupakan kisah-kisah lalu,biarlah aku paksa diri ini untuk terus mengalah dalam hubungan ini, biarlah aku terasa terseksa kerana Allah masih bersama aku, Akhir kata dari aku untuk semua "jaga diri kalian ibarat menjaga air yang tidak terlepas dari empangan" sekian sahaja dari aku Ahmad Syazreen Bin Ahmad Ruslan...

~Semoga Hari Ini Lebih Baik Dari Hari Semalam~
ASAR ILHAM

Tuesday 15 March 2011

~Andainya~



Andai hari ini awaklah kawan saya  
Belum tentu hari esok awak menjadi sahabat saya...


Andai hari ini awaklah teman saya
Belum tentu hari esok awak yang menemani saya...

Andai hari ini awak kekasih saya
Belum tentu hari esok awak yang membahagiakan saya...

Andai hari ini awaklah cinta saya
Belum tentu hari esok awak menjadi milik saya...

Andai hari ini awaklah buah hati saya
Belum tentu hari esok awak jodoh saya...

-Oleh itu ASAR ILHAM coretkan-

Andai hari ini milik kita berdua
Jangan lupa berdoa untuk hari esok...

Andai semalam telah kita jalani
Hargailah hari ini kerana hari esok masih belum pasti...

"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali"

"Hasil Nukilan" 
~ASAR ILHAM~

Monday 14 March 2011

~ Hati Merah Aku~


Buat aku untuk selamanya...
Cerita tentang hati yang dulu mengalir darah merah...
Kini...?
Hancur berkecai...

Aku nak coretkan azam-azam aku sempena umur aku yg ke 24 tahun (muda lagi, bukan 30 tahun ye) pada hari Khamis 17 Mac 2011 nie...
  1. Semoga panjang umur...
  2. Semoga murah rezeki hendak-Nya...
  3. Semoga diterima amalan kebaikan & jauhi kemungkaran...
  4. Semoga sihat tubuh badan & kesihatan...
  5. Semoga bahagia bersama keluarga tercinta...
  6. Semoga kewangan lebih stabil pada masa akan datang...
  7. Semoga cita-cita memiliki kereta tercapai...
  8. Semoga badan idaman menjadi kenyataan...
  9. Semoga kerja lebih aman & tenang...
  10. Semoga berjaya memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda Quantity Surveying di UTM...
  11. Semoga diabadikan dengan kenangan-kenangan yang lalu...
  12. Semoga pelan rumah ASAR yang direka siap dengan terampilnya...
  13. Semoga dapat memiliki aset-aset & harta persendirian...
  14. Semoga dijodohkan dengan seseorang insan yang lebih memahami...
  15. Semoga diiktiraf sebagai Quantity Surveying yang profesional...
  16. Semoga dapat memiliki laptop baru...
  17. Semoga dapat memiliki DSLR yang lebih canggih...
  18. Semoga tidak lagi berharap pada orang lain & menagih simpati orang lain...
  19. Semoga masalah percintaan tidak lagi menjadi titik hitam...
  20. Semoga dijauhi dari perkara-perkara yang tidak diingini...
  21. Semoga pasangan menerima ASAR seadanya & tidak berlaku perselisihan...
  22. Semoga hari-hari mendatang lebih baik dari hari-hari yang berlalu...
  23. Semoga sentiasa dalam keadaan kemas dan bergaya...
  24. Semoga...semoga-semoga di atas menjadi kenyataan, Amin...
Alhamdulillah...dapat jugak aku menglistkan azam-azam aku nie, kesemuanya adalah 24 sempena umur aku yang ke 24 tahun...

          Berbalik pada cerita hati tadi, aku tuju pada seseorang yang hampir 4 tahun bersama aku, renung-renungkanlah umpama hati yang ditikam-tikam hampir hancur kini nekad mencapai iktizam baru dalam hidup aku, aku tidak lagi menunggu jawapan dari kamu bahkan aku terima jawapan itu sesungguhnya aku bukan lagi milik kamu yang hendak kamu permain-mainkan dahulu, biarlah berputih tulang dari berputih mata, aku disini sentiasa mendoakan kamu dalam keadaan baik seperti mana aku disisi kamu dahulu, aku ingin katakan yang kamu hanya milik dia walaupun jawapan kamu adalah aku, aku tidak akan bertahan lagi dari menunggu jawapan kamu yang hanya menyiksa jiwa aku...tersiksa yang teramat sangat, aku minta maaf jikalau kata-kata aku menyinggung perasaan kamu, tetapi percayalah aku dilahirkan bukan untuk kamu walaupun kita sering merangcang sesuatu untuk masa depan kita, jikalau aku menjadi salji di syurga aku ingin bertemu dengan kamu kerana aku sangat sayang dan mencintai kamu & jikalau aku menjadi kayu api di neraka aku ingin kamu redha kerana aku bukan yang terbaik buat kamu...

"Selamat Hari Lahir Ahmad Syazreen Bin Ahmad Ruslan"

Sunday 13 March 2011

~Sayang kamu semua~


          Alhamdulillah syukur keatas Allah S.W.T aku masih lg bernafas sehingga hari nie, dlm kesibukan aku masih lg berpelung utk balik ke kg dgn tujuan utama utk berjumpa keluarga aku yg tercinta, tujuan kedua aku sebenarnya utk berjmpa ank murid aku yg berhempas pulas utk ke kejohanan sukan perak SuPeR, aku harap kan diantara korg ada yg bawa pulang emas utk dearah Kuala Kangsar, caiyok2 geng....2hari aku di kg, masih segar lg ingatan aku pd kwn2, syoknye dpt jmpa ijan,lan,apit,azhar, lama xjmpa korg, lepas rndu aku dpt jmpa korg, ape2 pn thanks....pada mak dan ayah, thanks pasal duit belanja 2, walaupun b bagi kat mak tiap2 bulan mak still ingat kt b lg, kenapa mak buat kt b mcm nie, walaupun jumlah 2 ckit b terasa sngt kasih syg yg mak bg kat b 2, b thu mak sygkn b smp b nk pergi sarawak pn mak risau2, mak kena percaya yg b akan jaga diri b elok2 utk family kte mak...setiap kali blk kg dakapan mak selalu membuatkan b menangis, terima kasih mak yg terlalu mengetahu isi hati b, i love u so much...pd amy ayang doakan kamu dpt keputusan yg baik dlm exam br2 nie, ayang janji ayang akan belikan utk amy mp3 bln nie, ayang janji demi adk ayang yg ayang sayang nie, ingat pesan ayang tau, belajar rajin2, pd own sama mcm amy belajar rajin2 jgk, tingkatkan pointer 2, angah n own thanks cz korg blk jgk kg br nie sb thu b blk, walaupun sekejap b dapat rasakan yg korg jgk hargai kepulangan b dan b minta maaf byk2 sb xdpt join korg p tgk wayang 2...sb b terpaksa blk KL awal, alhamdulillah perjalanan pergi dan balik aku selamat walaupun hujan lebat sepanjang jalan, mmg terasa sngt dlm keadaan susah bwk mto blk kg, tempuh panas hujan, tp aku bersyukur dgn ape yg aku ade, sampai je KL zilie kol aku...tp aku x jwb sb aku still lg di atas mto,smp je rumah aku msg zilie tya knp?..rupanya dia risaukan aku sb hari ujan, tkut ape2 terjadi pada aku, thanks zilie...1 benda jgk yg mengembirakan aku dpt jmpa bdk2 kelas, zaki,sharul,najib,harry...kemana korg menghilang selama nie ye?...mlm 2 jgk korg plan jln2, mula2 nk p karaoke tp xjd tukar pada main bowling, ape2 pn aku enjoy dgn korang mlm td, pg nie aku dh start keje, aku xthu ape yg aku fikirkan sampaikan aku tergerak utk update blog nie dgn short story aku nie, kini aku tiada pilihan utk berbuat apa2, aku pn dh rasa mls nk on9 fb dan ym, entah la...aku rasa mcm xberapa nk happy dgn fb n ym skg, mmg xde mood langsung nk update status, mungkin pas nie aku mmg jarang nk on9 fb apatah lg ym yg aku xnk buka smp bila2...mungkin aku akan update fb jz seminggu sekali je itu pn jika perlu, aku pikirkan ape yg akan terjadi pd aku akan dtg, entah la...bila ingat je nk raya thn nie aku rasa mcm lain mcm je, aku dh beli kain baju melayu utk thn nie, tgl nk jahit je lg, mungkin xde tema tp aku suka kain 2, teringat kain yg nur bg kat aku, aku terasa nk pulangkan blk sb kain 2 mmg aku dh packing utk hantar lik kt die cuma aku xthu bila aku blh pulangkn blk kain 2, hari jd aku dh nk dekat, aku xharapkan hadiah dr sesiapa pn jz aku nk kan semua family aku wish something yg blh mengembirakan aku, insya'allah....lastly aku ucapakn terima kasih pd semua diatas, jikalau aku tiada lg disisi korg aku nk korg semua thu yg aku betul2 sayangkan korg semua, walaupun susah dan senang aku sentiasa ingat org, sentiasa mendoakan korg bahagia, kalau nafas aku terhenti disini aku minta maafkan atas semua kesilapan aku yg telah aku lakukan, halalkan semua makan dan minum aku sepanjang aku berada di sisi korg....salam sayang dari aku Ahmad Syazreen Bin Ahmad Ruslan...

Thursday 10 March 2011

~Doa Perpisahan~


Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhai
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu

Lirik "Doa Perpisahan"
Dari "Brothers"

Wednesday 9 March 2011

~Cukup Sampai Disini~

Cerita & kisah yang terlalu kusut bagi aku...emm..
Aku rasa cukuplah sampai disini saja hubungan nie...
Memang aku tak nak lafazkan dengan kata-kata sebab aku rasa kata-kata aku hanya menggangu dia...right?
Disilah aku berpeluang coret isi hati aku yang kian lama aku tunggu untuk dilepaskan...arghhh...
Aku memang salah dalam hal nie...memang salah..!!!
Kenapa aku masih menggangu dia sedangkan dia hak orang...
Aku menyesal buat semua nie...menyesal..!!!
Pada seorang kakak nie aku ucapkan terima kasih sebab kata-kata kakak memang betul...sampai sekarang aku ingat...
Memang tak elok menggangu hubungan orang, walaupun dulu dia bersama aku tapi kini dia telah diikat...
Apa-apa pun aku dah buat keputusan aku takkan gangu dia lagi, baik di telefon, di facebook dan ym...
Buat kawan-kawan aku thanks sangat-sangat sebab korang banyak support aku...tampa korang aku tak tahu sape diri aku yang sebenarnya...
Buat keluarga aku, aku minta maaf pada semua sebab aku tak memenuhi apa yang mak & ayah aku hajati...
Mak & ayah...love u,thanks juga sebab mengajar erti kehidupan sebenar dalam masalah aku nie...
Mak kata "B...tak semua orang yang kita sayang dia akan bersama kita buat selamanya sebab itu hak Allah S.W.T yang menentukan semuanya" ye memang betul mak...aku sedar bertapa periknya hidup nie yang terpaksa aku tempuhi, cukuplah sampai di sini...janji nie bukan hanya mainan tapi aku dah tanam dalam hati aku yang aku betul-betul akan tinggalkan dia dan lupakan dia buat selama-lama, mungkin aku tak terdaya tapi pasti hari akan mengubah segala-galanya...
Lepas nie aku akan focus pada bidang kerja aku, Insya'allah kalau aku lebih berusaha pasti aku akan terima kejayaan...aku pasti..!!!
Aku harap dia akan bahagia hendakNya, walaupun aku jauh aku akan sentiasa mendoakannya agar sihat disamping tunang dan keluarganya...amin ya robbal alamin...
Padanya aku harap...dia tak pikirkan lagi masalah yang kusut nie, biarlah aku menyerah terlebih dahulu dari masalah nie akan jadi lebih besar...biarlah aku tarik diri demi keluarganya dan hidupnya...
Mencintai tak bermakna memiliki...adakalanya memang betul ayat nie...
Pada dia lagi...selamat ke jinjang pelamin akhir tahun nie, semoga kekal hendakNya dan dirahmati Allah...
Barang-barang yang aku dan dia, aku harap dia akan jaga dengan baik...
Itu semua tanda hubungan kita walaupun kita tak bersama lagi...
Akhir kata padanya....jagalah diri elok-elok, bila sakit jangan lupa makan ubat, jangan tinggal solat, jaga family elok-elok...
Sampai sini saja...
Jangan dikenang-kenangkan lagi benda yang lepas...
Kerja elok-elok...
Capai cita-cita mu...
Jangan sesali perpisahan nie...
Maafkan aku...
Salam akhir dari...
"Ahmad Syazreen Bin Ahmad Ruslan"

~Kasih Sayang~


Kasih sayang sentiasa berada di sekililing kita...
Namun tampa disedari kian hari kita mungkin menjauhkan diri...
Dari orang yang tersayang...
Demi sebab-sebab yang berbeza...
Sementara perbezaaan menjauhkan kita...
Manakala kasih sayang merapatkan kita semula...

Asar Ilham merupakan pencetus isi hati mereka...
Dengan menampilkan luahan perasaan kasih sayang...
Mengikut hati dan perasaan...
Yang kian terpendam...

Sebab itulah Asar Ilham kini menghasilkan cerita kasih sayang..
Pada mereka...
Kerana Asar Ilham percaya dimana adanya kasih sayang...
Disitulah adanya perasaan cinta...

Jadi Asar Ilham ialah Ilham kasih sayang & cinta...
Ingatlah...Asar Ilham sekadar menghasilkan cerita dan berkongsi cerita...
Sebab Asar Ilham juga menyebarkan kasih sayang...

"Hasil Nukilan"
~ ASAR ILHAM ~


Monday 7 March 2011

~Ibarat Sampan Usang~


Kisah cinta ku umpama sampan usang nie...
Dengan berbekalkan sebatang dayung...
Hendak meluncur di air tetapi takut dipukul ombak...
Biarlah sampan nie pecah di darat dan janganlah pecah di tengah lautan...
Kemudi sering bertanya pada ku "kemanakah destinasi mu"
Aku berkata "dimanakah destinasi cinta ku"
Air lautan berkata "bolehkah kamu teruskan perjalan tampa aku"
Aku terus buntu dengan kata-kata kemudi dan air lautan...
Dengan keizinan Allah S.W.T...
Aku terus mendayung ke satu destinasi...
Dengan 1001 matlamat...
Aku ditempuhi dengan pelbagai dugaan...
Aku hanya mampu berdoa padamu Ya Allah...
Akhirnya sampan ku pecah juga dilautan bak ombak deras...
Dayungku patah di tengah perjalanan...

Kisah cinta nie akan terus ku ingati hingga akhir hayat ku...
Pelakon: Sampan = Aku
              Kemudi = Kawan-kawan ku
              Dayung = Kekasih ku
              Lautan = Keluarga ku
              Ombak = Musuh ku

Hasil Nukilan "ASAR ILHAM"

Thursday 3 March 2011

~Kehidupan Yang Nyata~


Hidup...
Memang penuh dengan onak duri
Dipenuhi oleh cabaran-cabaran
Kadangkala tidak dapat aku
Untuk menahan semua cabaran ini
Namun apakan daya
Perasaan sabar dan tabah perlu ada dalam
Diri setiap insan...aku terutamanya

Setiap kali...
Apa yang aku inginkan tidak kesampaian
Walaupun sedikit kebahagian
Mengapa...?
Mengapa ini yang berlaku...?
Tiada sesiapapun yang ingin meletakkan
Kepercayaan terhadap diriku
Berdosakah aku?

Tiap kali apa yang aku lakukan semunya salah
Apakah yang betul...?
Tiap kali cabaran-cabaran menimpa diriku
Berdiam diri sajalah yang dapat kubuat
Dan mencari-cari jalan yang terbaik...

Sesalan demi sesalan menunda dalam diri
Biar semua tahu diri ini menderita dan lemah
Kekuatan rupanya berpura-pura
Senyumanku hanya tangisan...
Dimanakah kebahagiaan itu...?

*.....Hasil Nukilan.....*
ASAR ILHAM

Wednesday 2 March 2011

~Kasih Pada Ilahi~

                                                     
                                  Rindu mengajar kita erti cinta, 
                          Dan cinta itu mewarnai hembus nurani,
                                           Tiap saat dan tika,
                                  Sentiasa menemani hidup ini.....

                                   Ku dendang dan ku dikirkan,
                                             Kalimah rindu ini,
                                  Ku lafaz cinta ini padamu Ilahi,
                                       Ku bisikan tasbih kasih,
                                               Kedakapanmu.....

                                             Terima kasih Ilahi,
                                 Kerana memberi kesempatan,
                                Untuk diri ini merwanai duniamu,
                              Ku pasrah andai esok aku kembali,
                                 Kerana kasihmu teragung dihati.....

                                                !!! Nukilan !!!
                                               ASAR ILHAM